Wednesday, July 22, 2009

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENAH KEBANGSAAAN PUTERI WILAYAH
KOD SEKOLAH: WEA 0197
LOKASI: Bandar raya
ZON: Keramat

JENIS BANTUAN: Kerajaan
GRED SEKOLAH : A
KELUASAN: 2.44 ekar
NAMA PENGETUA: PUAN NORIZAN BT HJ MUHD AKHIR
SESI PERSEKOLAHAN: Dua sesi pagi dan petang
BILANGAN GURU: 65 ORANG
ENROLMENT:65 ORANG
TINGKATAN DITAWARKAN: tingkatan 5
BERASRAMA: Asrama Harian
LAMAN WEB SEKOLAH: www.geocities.com/smkputeriwilayah


Smk puteri wilayah yang terletak di kampung baru berhadapan dengn kelab sultan sulaiman ditubuhkan pada tahun 1965 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kampung Bharu jalan stone. sebelum didaftarkan pada 11 jun 1966, sekolah ini telah menumpang Sekolah Menengah Kampung Bharu ditukar kepada nama Sekolah Menengah Puteri wilayah.
Bermula dengan Kelas Peralihan hingga ke tingkatan 5, dan seterusnya pada tahun 1989, tingkatan enam rendah aliran sastera dimulakan. tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, kelas tingkatan enam telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah merupakan sebuah sekolah asrama harian sehingga tahun 2003, asrama Smk Puteri Wilayah dikenali sebagai Asrama Persekutuan dan menerima pelajar-pelajar perempuan dari sekolah di sekitar Kuala Lumpur. mulai tahun 2004 asrama dibuka hanya untuk puteri aliran agama sekolah tersebut.

Selain digelar sekolah cemerlang dan bergred Asekolah ini juga sering dijadikan pusat pemilihan raya bagi ahli-ahli politik.

SENARAI PENGETUA


- 1965: Cik maizura bt Idris
- 1973: Puan zauyah bt Nontak
- 1975: Puan Zainab bt Yusuff
- 1976: Puan Ramlah bt Hussein
- 1979: Puan Wan Azzazah bt Wan Salleh
- 1983: Puan Hazimah bt Abd.Malek
- 1986: Datin Norjah bt Ahmad
- 1987: Puan Hajah Saodah bt Hj.Abd Malek
- 1990: Puan Hajah Kamariah bt .Jalil
- 1991: Puan Hajah Nafisah bt.A.Rahman
- 1999: Puan Fatimah bt Abdullah
- 2000: Datin Notain bt Abdullah
- 2004: Puan Hasnah Bibi bt Haji Sher Mohamed
- 2007: Puan Norizan bt Muhd Akhir(sekarang)

LENCANA SEKOLAH










LAGU SEKOLAH

'berkibar bendera malaysia jaya
lahirlah dikau menabur jasa
mengisi ilmu penuh didada
maju sekolah puteri wilayah'

'ikrar dan janji sematkan dihati
tekun berusaha menjunjung budi
berkat didikan guru sejati
berjasa, berbakti untuk pertiwi'

VISI

'menjadikan SMK puteri Wilayah sekolah cemerlang di Wilayah Persekutuan menjelang 2012'


MISI

'Misi SMK Puteri Wilayah memberi pendidikan yang terbaik kepada semua murid melalui pengurusan Pendidikan berkualiti bagi membangun modal insan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara'


MOTO

'"ILMU ITU KEKUATAN" merupakan moto SMKPW. Moto ini telah menjadi asas perkembangan SMKPW sejak 1974 sehingga perkembangannya sekarang

4 comments:

  1. salam, boleh minta uploadkan gambar logo sekolah ini dengan color yang terang tak??

    dari bekas pelajar smkpw 1998

    ReplyDelete
  2. Kalau nak mohon masuk sini form4 boleh ke ? Ke dia kena mohon dari form1

    ReplyDelete
  3. Kalau nk mohon masuk tingkatan 2 boleh k

    ReplyDelete